Thursday, March 28, 2013

As salam.

Atas kecuaian sendiri,, memang rasa bersalah sangat. Yang TERamat bersalah. kenapa? hurmm. semalam pergi training netball. petang tu, pakai jam purple. jam tu pemberian hadiah besday aku tahun lepas dari dia. Dan rasa tak selesa bila pakai tengah main, ak letak tepi. Letak cam tu je. Dan tak letak lam beg.  Balik tu, aku tak ingat apa2. Then ingat pagi tadi pergi buat discussion untuk CTU, aku lupa pakai jam. And, ptg td nk p jumpa DR ROZITA, aku teringat nak pakai jam. Cari2 punya cari takde jam. Dah abes tempat aku cari. Lam beg sume. Sumelah. KOSONG ! 

Then teringat semalam pakai jam dan bukak letak kat tpi beg. Dan tadi pergi pusat sukan, tanya orang kat situ, then diorang cakap takde pom jam kat situ. HUrmm. So memang dah jelas, HILANG ! Macam mana nak bagitau dia? takut. sebab tu hadiah besday dari dia. hum. nanti dia cakap aku tak hargai pemberian dye. Tapi aku hargai sangat. Memang salah aku. Sebab aku cuai dan sangat cuai !!!!

Arghhhhhhhh !!! Menyesal pom tak guna. gatai sangat p pakai jam mase nak main. humrmmm.. :'( Help me..

Dear, im so sorry, takde niat nak hilangkannya. yes ! im admit it is my-fault coz pakai time training and tak simpan betol2 lam beg. Im sorry :( saya hargai pemberian awak tu. hurmmm. Maafkan saya. :(


Inila jamnye. dahla color fav aku. hurmm. hilang plak. :'(


MAAFKAN SAYA. 

Friday, March 22, 2013

.................zzzzz

Actually,tak tahu nak bagi tajuk apa entry ni, tapi ini ibarat macam luah perasaan jugak ar. HAHA. Sebab dah macam ad sesuatu lam diri ni yang patut dikuarkan. HUmm..

Hari apa ek, ,lupa da, ad terbaca suatu status berkenaan LOVE. kononla. -.- Katenya, begini, 

" perempuan memang manja, sebab itu dia selalu merajuk, dia nak perhatian bukannya hadiah " 

Erkk.. betul ke? macam tak je. Hurmm.. * thinking sekejap. Entahlah, apa2 je yang perempuan lain kot. Aku? HAHAHA !  yes, saya memang manja, tersangat. Ngan mak lagila. Hahah! Muny seorang yang sangat manja, dan kuat merajuk. Nasibla dapat muny jadi partner. HAHA. mamposs ! asyik nak kena pujuk je. HAHA. tapi ngn seseorang special je, bukan mengada or mengedik, tapi manja (^_^) cewah ! HAHA!

Tapi apakan daya, bila mengajuk, terpaksa sendiri pujuk. Hurmm. padahal sebelum ni pom merajuk je, sendiri pujuk. Takpela, tak kisah pom, stakat makan hati tu, apa la sangat. kan??? huh!

Cuma satu je, plezzz , saya nak perhatian sikit je dari awak, tak banyak pun. :')


Sweet kan kartun tu ? HAHA. i need u . miss u dammmm!! *dam haji ! Dont worry, after this no word MISS U again. why ? lu pikirlah sendiri ! :) sekian.



Friday, March 15, 2013

Kawan senang vs kawan susah

Salam.

Rasa tertekan if kita memikirkan nya. Yes ! betul. memang tertekan jika kita asyik duk pikir sesuatu perkara yang menyebabkan hati kita sakit. Sama seperti keadaan aku sekarang. Betapa sakitnya hati apabila ada seorang kawan ni, * nak mengaku kawan ke? hurm,, dye ni ibarat menggunakan kesenangan aku untuk dia. Apabila aku susah, aku diabaikan, dibiarkan susah, tanpa sebarang pertolongan. YA ALLAH, aku rasa macam nak balas balik je apa yang dia da buat pada aku. Subhanallah.

Aku tak mintak apa2, just tolong lah sedar, if aku ni kawan baik kau dari first masuk dulu, buat cara kawan baik. Ini, dari awal2 sem, kau dah tunjuk belang kau. Aku tak pernah jumpa kawan baik, kawan rapat macam kau, begini perangainya.  Di belakang, kau lain, depan aku, kau lain. Aku tau, sumpah aku terkejut dengan sikap kau. Aku tak sangka beb. Sebab aku dah anggap kau kawan baik aku yang dipercayai. But this that are i have to face it? OH TIDAK ! Aku berasa aku dah salah masuk tempat. Dah salah station untuk aku bertanya, menimba ilmu and all.  YA ALLAH.

Aku tak akan jadi cam ni, if aku boleh terima perangai kau. Sebab, ni kali pertama kau merasakan begini. Sebelom ni aku tak pernah ada kawan macam kau weh. Kau orang pertama. Dan sebetolnya cakap mak aku, yang kita tak boleh buat baik sangat ngn orang, nt orang pijak kepala kita, gunakan kita. YES ! thats all orite.  Sekarang aku baru sedar apabila dah jadi kat diri aku sendiri, Dan aku rasa seperti menyesal sangat2. Mengalahkan seperti aku putus cinta. Sumpah, dan serius.

InsyaALLAH, aku cuba untuk melupakan dia. melupakan apa yang dah dibuat oleh dia kepada aku. Dan aku biarkan ALLAH SWT sahaja membalasnya. Seperti rasa satu beban untuk aku.  Rasa cam tleh nk belajar dah. Sebab takde kawan baik, takde kawan rapat. Sedih. :( Hanya air mata je, dapat tenangkan diri aku skunk.  Tiada orang yang memahami. Waluapun kau yang pernah menjadi kawan aku. :')



Thursday, March 14, 2013

oh FITNESS TEST !!

Semalam, class dari jam 7 pagi sehingga 9malam. gap 3 jam hnya sempat makan, pergi sana, pergi sini, tak sempat nak restkan mata walaupom hnya 5 minit. sedih. Badan2 lak sakit2, dari atas ke bawah. Nak tunduk punye la payah, tahan jela sakitnya. YA ALLAH,rasa cam teruk sangat sakitnya. Batuk pom sakit, bersin sakit sangat perut nih. Rasa nak nangis je time batuk. nak gelak pom payah. :'( Perit rasa.

Sume gara2 FITNESS TEST semalam. Ha la, badan tak pernah berlari jauh, memang teruk la. kena lak sit up, pumping sume bagai. Pumping lak cam laki, bukan gaya pompuan tuh. Perh !! punyalah sakit bahu ni. YA ALLAH, hanya DIA je yang tahu perasaan hambaNYA ni. Bukan aku sorang, tapi satu kelas mengadu sakit. Lecturer lak takleh nk consider langsung. Tegas bagai apa. Semua nak perfect. Selagi tak perfect selagi tu kena buat. DIPAKSA nya oleh dia suruh buat semua tuh. Giler ar.


Ni persiapan sebelum bermulanya TEST keesokkannya.


sempat la jugak main2, sambil buat keje.


hari test, ngn jaja, besday girl, muka da gelap. (-.-)

Serius memang tertekan aku semalam. Tertekan sebab sakit. Call mak, terus mengalir air mata. rasa mcam kena dera dah. :( Sebabnya aku tak pernah kena macam ni. Dan tiba2 kena memang aku sakit lah. Apatah lagi aku, dak laki pom mengadu sakit yang sama. Mengadu yang lec langung tak de perasaan kasihan. Kami sume bukanlah atlet, kalau ye pom fitness test, consider la skit ngn students yang dah sakit. Ini tak bagi muka langsung. Hurmm.. Nextweek ada lagi. Dengarnya kena pergi pusing satu tasik shah alam tuh. HUH ! Nasib lah badan. hurmm. 

Dan sekarang, memang aku moody sebab sakit satu badan.  Ngan dal bilik pom aku tak cakap. HUrm.. sorry JAJA. 

Monday, March 11, 2013

Minggu kedua Belajar

Salam. 

Awal2 sem dah ada keje, asignment semua bagai. Ya ALLAH, hum. dugaan. Dengan aktiviti luar lagi, dengan praktikal untuk subjek, berlari, test sume bagai.  Agak letih la. Ni baru sem 2, sem 3 nanti, ak ingat nak amik outdoor, lagi banyak aktiviti luar. Betol2 banyak cabaran amik sukan ni. Tapi dah amik kan, so pasrah tak pasrah kena redha la. Huahuahua. 

Minggu lepas kalau ikutkan nak update citer baru. tapi ada sebab2 tertentu so tak dapat lah nak update. Minggu lepas agak bz jugak la. Macam2 buatnya. Hurm.  Badan pom da sakit2. sebabnya dah lama tak berjoging, tak berlari, last2 kaki sakit, seluruh anggota badan sakit. Huish. Teruk gakla. HUrm..  Untuk hari ini, ada pjmpaan dengan lec kejap lagi, then, malam ada meeting bersama MPP semua.  Minggu ni pulak ad Program PROSIGA untuk dak2 SEM 1 next week sabtu kena jaga booth sELANGKAH KE UiTM, Ahad ada modul. Pergh ! Tak cukup masa. Jumaat mngu ni myb ada kerja group. Buat cepat, nanti senang nk catchup subjek lain lak. Event lom settle lagi nk buat event apa. Haa. yang tu satu hal. Hurmm.


Haa. ni gambar budak degil dan tak dengar cakap orang. Dye p main jerawat kat muka, then dah teruk, ciap ada nanah lagi. Pegi PK doc bagi ubat. sampaikan kena letaak handpast kat muka. Punyelah teruk kawan aku cakap muka ak ni. Tapi skunk alhamdulillah, da baik. cuma ada sedikit la kesannya. PADAN MUKA tu. hukhuk. Lepas ni tak da. insaf da. HAHAHA.!!

Rasa duk shah alam makin lebam je badan. makin berisi. HAHAHA ! entahlah. makan bila lapar, camni la jdnya. ASYIK ada keja. jadinya lapa lah. HAHAHA ! takpe2, bersukan nanti dapatlah ringankan berat badan. huhu. entah jadi ringan ke tak, tak tahula. Huhuhuu. Dapatlah lec yang ajar tuh punyelah garang. Huish. Isau aku. Takut. Cerewet lak tu. huhu. sabo je lah. 

Okelah, skunk nk siap2 perfi fakulti. Tolong group dengar untuk buat presentation untuk training rabu pagi ni, then balik, rest kejap then malam p meeting. Esok nasib kelas lambat. leh la sambung tdo lepas subuh. huhu. chow. adios. salam. Hiudp bersukan !! FIGHTHING !! (^_^)


Monday, March 4, 2013

First Day Class for SEM 2

Salam. akhirnya selamat sudah masuk semester 2 untuk tahun 2013. Pertama sekali kelas tadi pagi adalah CTU553, ethnic relation. Hurm. Ustazah Azizah namanya.  Okela ustazah tu. cuma cam aku ni la. takut2 sikit. Hehehe. Bukan apa, cuma cam tak bese. and then campur lak ngn dak sem 3, giler aku tak segan masuk class diorang. Huhuhu. Apa2 pom sume oke. Mula2 aku kuar je dari kolej, perghh! Giler ramai orang. Kat Fac pom ramai. Haih. Kan main lagi ramai kat uitm nih. Haa tapi dak junior fakulti aku, tak jumpa ag. Hahaha. Bukan ap, nak tanya nak beli buku tak ? Hahahaha. tu je niatnya. Ish3. 

Rasa sem ni macam makin sibuk je. Entah ada masa tak tahu nak pergi perak nt. Tngok anak buah ni. haish. Minggu ni mungkin bz ngn meeting. Minggu depan ada PROSIGA punye program lak. Haaa. Lepas tu camne? Hurm. masih samar2 lagi ni. tak nampak lg. Takpe2, kita slow2 kanlah ye.  InsyaALLAH . Kita tengok esok cam ne. dahla aku pnya group untuk HR ak sorang2 je. haish. Kesian aku. Humm.

Ni baru je balik dari pergi tukar tayar motor. da botak da katanya. so tukarla. Sekejap je duet melayang. Haish. dua hari da nak abes rm200. Beli barang2 lagi semalam. Then hari ni tukar tayar motor lak. Hurm. Duet oh duet. Kena bajet la lepas ni lak duet untuk belanja makan sume. Hurm. Hope cukupla. tak makan banyak dan berjimat serta tak membazir. Muny plezz jangan membazir. Huhuhu . K la chow, insyaALLAH lau ad masa lapang akn ku conteng aku punya blog. Salam . Adios.