Salam.
Aku nak kongsi satu cerita yang bagi aku sangat perit nak lalui, yang sangat sedih, dan sangat mendalam untuk meneruskan hidup jika tidak mempunyai semangat yang kuat. Kisah apa? Ini kisah benar, dan aku tak mereka-reka cerita. Ini berdasarkan apa yang aku dengar dan apa yang aku tau. Dan semua ini adalah benar dan tidak satu pom aku reka.
Seperti yang aku tulis tajuknya, M.A.D.U. 4 Perkataan yang bagi setiap perempuan tidak mahu dan seboleh2nya mengelakkan daripada perkataan itu dalam kehidupan kita. Iya kan? Sememangnya madu itu sangatlah manis, sehinggakan boleh dibuat ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Tetapi ada satu madu yang tidak boleh dijadikan penyakit bahkan akan menambah sakit. Hurmm.
Aku ada mengenali seorang perempuan ni, nak cakap muda tak, sebab da masuk 40-an. Tapi muka sangat suci dan bersih, menampakkan dia muda. Setelah hidup bahagia dan ada 4 cahaya mata yang chumel2 dan baik2, akhirnya kesetiaan seorang lelaki yang bergelar suami, akhirnya runtuh apabila jatuh tersungkur diperdaya oleh seorang perempuan yang tidak tahu menahu asalnya, keturunannya sehingga dijadikan isteri kedua TANPA sebarang pengetahuan daripada isteri pertama.
Isteri pertama dapat tahu melalui kawan2nya, hati siapa tidak sakit? Hati siapa tidak TERLUKA? Dapat tahu berita sekejam itu daripada kawan2? Mahu letak mana muka? YA ALLAH, betapa besarnya ujianMU kepada dia. Syukur, kerana isteri pertama ini sungguh kuat dan tabah. Tapi dalam hati, seperti dicucuk ngn belati yang tajam, pedih, perit, sakit yang TERAMAT.
Akhirnya, isteri pertama dapat menerima madunya, dengan hati REDHA kerana mahukan syurga oleh si suami. Ditolaknya perasaan sakit hati, benci, dengki, semuanya kerana mahukan syurga di akhirat nanti. Tapi si suami adakah berfikir seperti seorang yang matang? Jauh sama sekali. Dikatanya akan BERLAKU ADIL, tapi tidak. Dijerkahnya , dimarahnya isteri pertama apabila menghadapi masalah, tetapi sebaliknya berlaku kepada isteri kedua. Apakah ADIL perjanjian yang dikatakan oleh mulut si suami?
Apabila kuarga tahu akan semuanya, sememangnya tiada siapa dapat sangka, kerana isteri pertama begitulah baik, begitulah sempurna, tetapi akhirnya si suami berjaya menduakan, rasanya tidak adil untuk si isteri pertama. Namun kerana syurga ALLAH SWT yang telah dijanjikan oleh-NYA untuk istri yang taat pada suami, dengan redhanya isteri pertama merelakan dia dimadukan dan menerima dengan hati terbuka. YA ALLAH, masih adalah perempuan seperti dia di dunia ini?
Subhanallah. Aku mendengar kisah isteri pertama ini, terharu, sungguh aku tak sangka, betapa mulianya hati seorang perempuan yang mahupun syurga. Rela dimarah, diketepikan si suami, rela diherdik, rela ditinggalkan, dan rela menyerah, untuk kepuasan dan kebahagian si suami. AKu sendiri menangis, mengalirkan air mata apabila dengar cerita ini, dapat tahu cerita ini, seperti aku di tempat dia. Dengan anak2 yang masih kecil. YA ALLAH. sekiranya aku di tempat isteri pertama, sesungguhnya aku tidak mampu, dan tidak sanggup menerima. Siapa yang dapat terima? Dalam diam2 sudah bernikah, dan dapat tau oleh kawan2, cukup terseksa bagi aku.
Puan, saya tak tahu nak nasihat apa, sebab saya masih muda dan masih mentah dalam rumahtangga, namun, saya faham, dan tersangatlah mengerti perasaan seorang perempuan apabila dimadukan dalam diam2. Puan tabahkanlah hati, dan semoga puan dapat apa yang dijanjikan oleh DIA akhirat kelak kerana taat pada suami . Mudah2an semua baik2.
Aku hanya mampu menangis mengingati kisah ini, dan tidak mampu nak berkata2, sebab aku dapat rasakan betapa pedihnya untuk meharungi hidup seharian dengan berlinangan airmata dengan sikap si suami. Semoga ini dapat memberi pengajaran. Mudah2an Puan dapat kuat dan teruskan hidup dengan tenang, dan mengadulah pada DIA YANG MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGETAHUI segalanya.
Sekian dulu, wasalam.
No comments:
Post a Comment