Thursday, February 28, 2013

Selamat Pergi Terengganu Selamat Datang Shah Alam.

Salam.

Ahad lepas, aku teman kawan aku ni pergi beli barang dye. Almaklumlah dia dapat sambung belajar macam aku jugak. Tapi tempatnye lain, di UiTM Merbok, kedah. Gudluck Kawan! (^_^) So teman dia pergi GIant and Mydin. Katenya barang yang dye nak ada kat citu. Tapi apa je yang beli?? Dia dah beli HANDBAG kesukaan aku !!!!!!!! Purple kot ! hurghhh!! Rasa cemburu tahap giler segiler2 nye lah ! Tapi apa boleh bt, time tuh duet takde. Ada pom cukup2. Save ckit. Mak tahu beli beg baru, bising lah makcik tuh. Hukhuk. Sobs3. Sabo je lah.


With si NURIZ MAAYU ABDUL AZIZ, si chumel nih. hewhew. # oke, nampak aku makin gemuk pipinya.

Okeh, forget it. Now tengah counting for the next day. Hari untuk pulang ke negeri kedua, Selangor Darul Ehsan untuk menyambung pelajaran bagi sesi ke 2, tahun pertama. Eerrrkkk.. betul ke tu ? Huhuhu. betol la kot. Hurmm. Rasa cam sekejap je cuti kan? Tapi bagi aku, kali ni paling lama cuti. Sebab? Hahaha ! Yes ! sebabnya dah lama tak jumpa buah hati. So rasa cam lama la. Hurmm.  Dengan azam baru, insyaALLAH, semester dua ini, akan menjadi lebih baik resultnya dan akan lebih cemerlang perangainnya serta lebih matang menempuhi alam sebagai pelajar yang berstatus 'degree' serta yang semakin meningkat dewasa.

Hurmm. Sangat panjang rasanya azam tuh., Tapi takpe, mencuba. InsyaALLAH =) OH ! barang3 tak kemas lagi. Hurm. esok kemas. Baju2 sume tak kering. Hujan. Hewhew. So, esok insyaALLAH baju sume da oke, da kering, leh la kemas2. Hari ni kita lepak smbil layan novel kesayangan dulu. Barang2 yang nak dibeli cume yang tinggal hanya KABEL EXTERNAL, dan tudung bawal ! hehe. rasa cam tudung kena beli baru, so kena beli la. Bukan membazir, cuma nak update tudung ckit. HAHA! #alasan sebenarnya.

Apa-apa pom gudbye Terengganu, and welcome Shah Alam ^_^ . Cuti sem akan balik, cuti midsem, insyaALLAH tak balik, tapi akan ke rumah kakak untuk ketemu sama itu anak buah !!!!!!! yeay! Next entry abaout shah alam and dia =) salam terengganu. 

Monday, February 25, 2013

Bahan Bacaan Terbaru .

Salam .

Harini aku pergi UMT, semata2 pergi beli novel, mencari novel yang ak nak. Besela, da dapat baucer 1 Malaysia, BB1M. Haa. so apa lagi, da ad baucer tu, guna la kan? Guna nak beli buku? Memang tak, sebabnya buku sume beli ngn senior, so guna duet. Takdenya senior nak amik baucer. HAHAHAHA..

If ada, memang terbaik lah senior tuh. Huhuhu. So harini, ini dia novelnya, kat bawah ni, 4 skali aku beli. Huhuhu. Nasib baik mak tak marah. Yela, nak marah apa, mak pom pilih novel jugak. Hahaha. Dia pom layan novel jugak. So sekepala la ngn aku kan? Huahuahua. hewhew


Sementara masih di rumah ni, aku layan novel je la. Lagipom hurm. Boring. Takde buat apa2 kan. Lainlah handphone berbunyi. Hurmm.

Novel2 ni sume kisah cinta, dan sume aku pilih. Bagi aku, citer ni sume best2. Layan lah. Tapi tak baca abes lagi. Hewhew. Sekurang2nya, dapat hilang bosan. Dah nama pom hobi kan. Tapi ada yang cakap, aku tak romantik, Baca novel, tapi tak romantik. Hurmm.  Mungkin Orang tak kenal aku lagi  kot. Entahlah. Whateverla. Mungkin sebab aku ni manja. Yes ! aku memang manja. Tapi aku manja ngn orang tertentu je. Hurmm.  Susahkan nak surekan orang. Whatever la. Layan novel dulu ! Hewhewhew (^_^)

Likes novel bebanyak ! auch !

Saturday, February 23, 2013

UiTM memanggil-manggil

Salam dan selamat pagi.

Seminggu je lagi nak ke bulan March. Bulan yang paling aku tunggu-tunggu. hewhew . Tak sabar da nak balik sana. Hehehe. Rindu sesangat dalam hati ni. Rindu kat si dia yang sedang menunggu. Hehehe. HAHAHA! Lepas ni belajar lagi then belajar then study dan exam . yeah !

Kembali ke sekolah akhirnya. Hurm.. rasanya cam malas je nak study masuk kelas sume bagai. Haish. COz pom da register cume subjek LAW , CTU je tkleh nak register, ada masalah teknikal apa nth fakulti aku nih.
Haish. macam2 lah. Ni doa untuk aku sendiri semoga lepas ni tk malas2 hehe. =)


Sini je la. nanti update lagi. kepala pening2. pusing2. taktahu kenapa. rasa nak rest n tido sikit. bye.

Thursday, February 21, 2013

Syukran , thanks to sir dan datin !

Salam satu Malaysia.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa  !! rasa nak menjerit sekuat2nya !! HAHAHA! Kenapa? ha..semalam, sir call mengatakan bahawasanya, aku dapat PC (pengecualian kredit) untuk beberapa subjek semester 2 ni. HUH! gilerr ak tak menjerit? sape tak soronok? huhuhu ! Aku dapat tau 3 subjek aku dapat pc, AKAUN, ECO, and maybe LAW jugak. Hewhewhew..sebabnya maybe tuh, semalam time sir bagitau, aku tak jelas sangat dengar, maklumlah, seronok kan dapat tau 11 subjek ak dpat pc untuk 6sem ni.. Hehehehe.. Sape tak seronok beb? haaa.

Alhamdulillah sangat, dan bersyukur sangat.  Sebabnya aku taknak da amik subjek yang dah amik, dah belajar, bukan apa, hehehe, cuma malas da nk study balik, kalau ada kena mengena ngan sports takpe jugak, hewhewhew =D Takpe2, lagipom lagi banyak subjek aku kne pulun jugak sem depan ni.  Haa sir pom ada cakap, if tkleh dekan lagi, taktahu la. huhuhu. bukan taknak dekan sir, inshaALLAH, saya cuba =) 

So skunk, hanya menunggu untuk daftar coz jela. Hewhewhew. Tunggu je nanti. Hehehe. alhamdulillah .


Ni sewaktu mula2 datang shah alam, dan dating wif them, kecik and miza 


Ha yang ni dating kat PSA, work in group, sempat la cikit posing. hewhew


Ha ni plak kawan baru kat uitm. jaja 



Ha yang ni pengalaman pertama main pingpong wakil blok dan terus juara ^_^ duet


Ha, ni sewaktu PROSIGA, nak mengenali kawan2 katakan. 


#Itu hanyalah gambar2 menyemak untuk entri ni. saja nak suh menyemak ckit. sebab gambarnya CANTIK . haha




Wednesday, February 20, 2013

Semester 2 lagi 10 hari ??

Assalamualaikum =)

Sekarang, time untuk menghitung hari kembali ke kolej dan belajar serta amik exam seperti sebelum2 ni. erk? Sekejapnya dapat rasa. Before this, rasa cam lama nya nak kembali ke sana. HUHUHu .apakah? 
Apabila dihitung, hanya tinggal beberapa hari je lagi, lam seminggu je lagi, aduhh, cepatnyaaaa! Boleh tak kembali ke sana, tapi taknak belajar? Means nak enjoy ngan kawan2 . Haaa.. boleh tak? huhu kihkihkih =D

Mood nak belajar tu macam jauh je. Hehehe. kenapakah? Okeh, orang lain, means kawan2, aku, mase dip, da msuk sem 3, 4, huhu, aku je baru je sem 2. kenapakah? Itu disebabkan kerana TERSILAP COURSE . Dah lari course, dari office ke sport. Nah kau sekarang, banyak kau kena belajar balik, and paling best, subjek yang paling aku tak minat, TERpaksa belajar untuk memenuhi syarat2nya.  Dan resultnya? HAHA , memang seperti yang dijangkakan lah HAHA ! Takpelah, dapat jugak teruskan, no repeat . Alhamdulillah =)


Okeh, ni subjek sem 2, rasanya da buat PC, contoh untuk subjek, TITAS, eco, akaun, kesat, and law. But tak tahu lagi resultnya camne. Huhuhu. HOpe dapat PC la. nak sangat !! Please DATIN!  Help me ! Saya taknak da belajar menda sama sewaktu diploma. Hukhuk.. help me ya ! HEWHEW (^_^)  tERIMA KASIh ye DATIN ! hehe. *taktahu lagi result tapi da terima kasih, sebab saya HOPE sangat datin :) help me. hewhewhew!!! 

2hb ni bertolak ke USA, tempat menimba ilmu dan akan habeskan ilmu2 selama 3 tahun di sana. ^_^ InshaALLAH, akan ku cuba menghabeskan sebaik mungkin. amin. 3hb pula daftar kolej, yeah ! dapat kolej ! Walaupun mahal yurannya, tapi ku bersyukur, kerana masih diberi perlindiungan dan kediaman kolej, HAHAHA ! alhamdulillah.  Ini berkat kedisiplinan aku yang baik, cewaah ! haha ! sebabnya ramai yang tkleh kolej, so dyeorang ni tengok pada sikap kita, kokurikulum, n jgak akademik. Ha, so buat baiklah,  nak jahat boleh, tapi tengok keadaaan dan tempat, bukan jahat apa, means nakal2 sikit. hehehe . 

Okeh, tu sahaja, ada lg nk bercerita, tunggu sat na, ;)

Sunday, February 17, 2013

Madu?

Salam. 

Aku nak kongsi satu cerita yang bagi aku sangat perit nak lalui, yang sangat sedih, dan sangat mendalam untuk meneruskan hidup jika tidak mempunyai semangat yang kuat.  Kisah apa? Ini kisah benar, dan aku tak mereka-reka cerita.  Ini berdasarkan apa yang aku dengar dan apa yang aku tau.  Dan semua ini adalah benar dan tidak satu pom aku reka.

Seperti yang aku tulis tajuknya, M.A.D.U. 4 Perkataan yang bagi setiap perempuan tidak mahu dan seboleh2nya mengelakkan daripada perkataan itu dalam kehidupan kita. Iya kan? Sememangnya madu itu sangatlah manis, sehinggakan boleh dibuat ubat untuk pelbagai jenis penyakit.  Tetapi ada satu madu yang tidak boleh dijadikan penyakit bahkan akan menambah sakit. Hurmm.

Aku ada mengenali seorang perempuan ni, nak cakap muda tak, sebab da masuk 40-an.  Tapi muka sangat suci dan bersih, menampakkan dia muda.  Setelah hidup bahagia dan ada 4 cahaya mata yang chumel2 dan baik2, akhirnya kesetiaan seorang lelaki yang bergelar suami, akhirnya runtuh apabila jatuh tersungkur diperdaya oleh seorang perempuan yang tidak tahu menahu asalnya, keturunannya sehingga dijadikan isteri kedua TANPA sebarang pengetahuan daripada isteri pertama.

Isteri pertama dapat tahu melalui kawan2nya, hati siapa tidak sakit? Hati siapa tidak TERLUKA? Dapat tahu berita sekejam itu daripada kawan2? Mahu letak mana muka? YA ALLAH, betapa besarnya ujianMU kepada dia.  Syukur, kerana isteri pertama ini sungguh kuat dan tabah.  Tapi dalam hati, seperti dicucuk ngn belati yang tajam, pedih, perit, sakit yang TERAMAT.

Akhirnya, isteri pertama dapat menerima madunya, dengan hati REDHA kerana mahukan syurga oleh si suami. Ditolaknya perasaan sakit hati, benci, dengki, semuanya kerana mahukan syurga di akhirat nanti.  Tapi si suami adakah berfikir seperti seorang yang matang? Jauh sama sekali.  Dikatanya akan BERLAKU ADIL, tapi tidak.  Dijerkahnya , dimarahnya isteri pertama apabila menghadapi masalah, tetapi sebaliknya berlaku kepada isteri kedua.  Apakah ADIL perjanjian yang dikatakan oleh mulut si suami?

Apabila kuarga tahu akan semuanya, sememangnya tiada siapa dapat sangka, kerana isteri pertama begitulah baik, begitulah sempurna, tetapi akhirnya si suami berjaya menduakan, rasanya tidak adil untuk si isteri pertama.  Namun kerana syurga ALLAH SWT yang telah dijanjikan oleh-NYA untuk istri yang taat pada suami, dengan redhanya isteri pertama merelakan dia dimadukan dan menerima dengan hati terbuka.  YA ALLAH, masih adalah perempuan seperti dia di dunia ini?

Subhanallah.  Aku mendengar kisah isteri pertama ini, terharu, sungguh aku tak sangka, betapa mulianya hati seorang perempuan yang mahupun syurga.  Rela dimarah, diketepikan si suami, rela diherdik, rela ditinggalkan, dan rela menyerah, untuk kepuasan dan kebahagian si suami.  AKu sendiri menangis, mengalirkan air mata apabila dengar cerita ini, dapat tahu cerita ini, seperti aku di tempat dia.  Dengan anak2 yang masih kecil.  YA ALLAH. sekiranya aku di tempat isteri pertama, sesungguhnya aku tidak mampu, dan tidak sanggup menerima.  Siapa yang dapat terima? Dalam diam2 sudah bernikah, dan dapat tau oleh kawan2, cukup terseksa bagi aku.

Puan, saya tak tahu nak nasihat apa, sebab saya masih muda dan masih mentah dalam rumahtangga, namun, saya faham, dan tersangatlah mengerti perasaan seorang perempuan apabila dimadukan dalam diam2.  Puan tabahkanlah hati, dan semoga puan dapat apa yang dijanjikan oleh DIA akhirat kelak kerana taat pada suami .  Mudah2an semua baik2.  

Aku hanya mampu menangis mengingati kisah ini, dan tidak mampu nak berkata2, sebab aku dapat rasakan betapa pedihnya untuk meharungi hidup seharian dengan berlinangan airmata dengan sikap si suami.  Semoga ini dapat memberi pengajaran.  Mudah2an Puan dapat kuat dan teruskan hidup dengan tenang, dan mengadulah pada DIA YANG MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGETAHUI segalanya.

Sekian dulu, wasalam.

Mari kita mulakan...Bismillah

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berbelog-belog, akhirnya aku jumpa idea nak berbelog balik. Hehehe. Sebenarnya tak ada apa2 yang merubah fikiran nak berbelog semula. Saja suka2. Nak berkata2, atau orang cakap bermonolog. Haa. Hehehe.  Tapi ni rasanya perlu banyak lagi belajar nk berbelog cantik2 cam orang lain.  Tapi cukuplah setakat ni kot. Tak perlu lawa la. juz sharing sesama kita semua. Hehehe.

Lepas ni nak tukar background yang nampak ceria sikit. Ini tidak, hitam putih , cam orang nak mati je. Huhuhu. tapi taktahu da nak uat camne. Lagu rasanya da oke. Lau ikutkan pilihan lagu tu, nak lagu lain, yang jiwang2 sikit, tapi da oke da tu. Hurmm.. apa lagi ek, haaa.. Followers? yang tu memang takde lagila, sebabnya baru lagi ni buatnye, so memang takde, apa2 pom kita follow orang, then orang akan follow kita balik.  Untuk mula2 ni memang tkkan ada yang follow la, sebabnya tkade isi pati yang menarik lagi lam DUNIAAWANBIRU ni. Opss! aku masih guna nama yang sama. Kenapa? sebab banyak kenangan dalam duniaawanbiru sebelum ni. Huhuhu. Tapi malas nk share kat cni, cukuplah dalam sana je. Sebab banyak sangat kenangan tuh. Pahit ada, manis pom ada. Haaaa..Hahahahaha..


Gambar pertama untuk semester satu di UiTM, SA 

Oke, aku sedang pikir, nak buat story apa ni, means nk catit apa untuk pertama kalinya. Haa.. ada idea tak? ke nak cerita apa2? Pasal diri sendiri tak perlu la. Huhuhu..cam bebudak pom ada. Huahuahuahuahua.Oke. kita tunggu malam ni. chow.